panelarrow

Tuesday 31 January 2017

Takwim Program Pemulihan Khas Daerah Kerian Tahun 2017


Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam Perak Aman Jaya.

Alhamdullilah, satu takwim perjalanan program pemulihan telah disediakan untuk memudahkan rakan-rakan guru pemulihan bersedia untuk melaksanakan sebarang program dan sebagainya.

Bagaimanapun, takwim ini MASIH tertakluk kepada sebarang perubahan.

 
Rakan - rakan guru pemulihan boleh memuatturun takwim ini dalam bentuk pdf untuk dimasukkan ke dalam Fail Pengurusan bagi tahun 2017

Takwim Program Pemulihan Khas 2017

Terima kasih.

Sunday 29 January 2017

SURAT PERMOHONAN PERLANTIKAN GURU PEMULIHAN KHAS

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perak Aman Jaya.

Seperti yang rakan-rakan guru pemulihan sedia maklum, mulai tahun 2017, sekolah perlu menyediakan SURAT PERMOHONAN PERLANTIKAN GURU PEMULIHAN KHAS sama ada guru opsyen atau bukan opsyen.

Contoh format surat

Contoh surat ini dapat dimuatturun dari pautan ini. Contoh surat

Pihak sekolah perlu menyediakan surat ini dan rakan-rakan guru pemulihan PERLU membawanya untuk dikumpulkan pada bengkel pengumpulan data mengikut zon seperti tarikh yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di dalam group Whatsapp.

Terima kasih.

Panduan Pengisian Tapak DPEM 2017

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perak Aman Jaya.

Seperti yang rakan-rakan guru pemulihan sedia maklum, data pemulihan pada 31 Januari perlu dilengkapkan untuk dihantar dan disemak pada bengkel kerja pengumpulan data mengikut zon pada tarikh yang telah ditetapkan.

Mungkin ada rakan-rakan guru pemulihan yang kurang pasti dengan cara pengisian data. Di sini, disertakan panduan pengisian data untuk membantu memudahkan proses pengisian untuk mengurangkan ralat seminimum yang mampu.






Sekiranya rakan-rakan guru masih menghadapi masalah, boleh bertanyakan di group Whatsapp.

Disini saya serta kembali pautan untuk memuatturun tapak DPEM 2017.

Terima kasih.

Friday 27 January 2017

Mesyuarat Pengurusan Pemulihan Khas Daerah Kerian Bil 1/2017

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perak Aman Jaya.



Alhamdullilah, satu mesyuarat pengurusan telah dijalankan pada 25 Januari yang lalu di Bilik Mesyuarat Sek Keb Parit Haji Wahab. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Penolong PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan, En. Tuan Mohd Fazli bin Tuan Abdullah, disertai oleh barisan JU Daerah Kerian, seramai 4 orang dan juga Ketua Zon Pemulihan Khas, seramai 5 orang.

Pelbagai perkara dan isu dibincangkan sepanjang sesi menyuarat berlangsung dalam ruang masa yang agak terhad. Banyak idea dan pendapat dilontarkan untuk mengerak aktifkan semula program Pemulihan Khas bagi Tahun 2017. In Syaa Allah, semoga dipermudahkan segalanya.

Antara gambar yang sempat diambil semasa sesi mesyuarat.

Tuan Penolong PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan, 
En. Tuan Mohd Fazli bin Tuan Abdullah


Barisan JU dan Ketua Zon yang khusyuk mendengar penerangan dari Tuan Fazli


Hasil Rumusan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 / 2017

1. Mesyuarat Pengurusan Pemulihan Khas
  • Mesyuarat pengurusan akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun yang akan dipengerusikan oleh Tuan Pen PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan dan dihadiri oleh JU Daerah, Ketua Zon dan Penolong Ketua Zon.
  • Mesyuarat akan dijalankan di Bilik Mesyuarat sekolah JU secara bergilir, di mana untuk bilangan 1 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sek Keb Parit Haji Wahab dan mesyuarat seterusnya akan diadakan di Sek Keb Bagan Serai, Sek Keb Kuala Gula dan Sek Keb Sri Kerian.
 2. Bengkel Kerja Pengurusan Data Pemulihan Khas
  • Pada tahun 2017, tiada lagi penghantaran data melalui email seperti sebelumnya. Pengumpulan data mengikut zon akan dilaksanakan, mengikut tarikh yang akan ditetapkan bagi setiap zon.
  • Guru Pemulihan akan berkumpul di satu sek di zon tersebut, untuk menghantar data dalam bentuk softcopy dan penyemakan data akan terus dilakukan pada waktu itu. 
  • Amatlah diharap AGAR guru pemulihan telah melengkapkan data terlebih dahulu sebelum hari bengkel pengumpulan dijalankan untuk mengelakkan timbul sebarang masalah ketika semakan.
  • Guru Pemulihan PERLU merujuk guru data untuk memastikan data enrolmen sekolah dalam laporan sama seperti APDM.
  • Tuan Pen PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan akan dibantu oleh JU Daerah Kerian dan Ketua Zon yang terlibat untuk mengendalikan bengkel tersebut. Data harcopy tidak perlu dihantar. Walaubagaimanapun, data hardcopy PERLU dihantar sekiranya diminta oleh Tuan Pen PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan.
  • Bengkel akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun seperti ketetapan di bawah:
    • Pengumpulan Data Januari (Data Enrolmen / APDM berakhir 31 Januari 2017)
      • 2hb Februari 2017, Khamis, 2.00 petang - 5.00 petang
        • Zon Semanggol di Sek Keb Sungai Kepar 
      • 3hb Februari 2017, Jumaat, 2.30 petang - 5.00 petang
        • Zon Bagan Serai di PKG Bagan Serai
      • 6hb Februari 2017, Isnin, 2.00 petang - 5.00 petang
        • Zon Parit Buntar di Sek Keb Sri Kerian
      • 7hb Februari 2017, Selasa, 2.00 petang - 5.00 petang
        • Zon Kuala Kurau & Zon Tanjong Piandang di Sek Keb Kuala Kurau
    • Pengumpulan Data Jun (Data Enrolmen / APDM berakhir 30 Jun 2017)
      • 4hb - 7 hb  Julai 2017
        • Tarikh sebenar mengikut zon akan dimaklumkan kelak 
    • Pengumpulan Data Oktober (Data Enrolmen / APDM berakhir 31 Oktober 2017)
      • 1hb - 7 hb November 2017
        • Tarikh sebenar mengikut zon akan dimaklumkan kelak 
 3. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
  • LDP akan dijalankan 2 kali setahun untuk semua guru pemulihan.
  • Jangkaan LDP pertama akan dijalankan pada 16 Februari 2017, di mana tajuk akan dimaklumkan kelak.
 4. Program Khidmat Bantu
  •  Tuan Pen PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan dan dibantu JU Daerah akan turun ke sekolah-sekolah memberi khidmat / bantuan kepada guru yang memerlukan.
 5. Hari Keluarga
  • Satu program akan dirancang untuk mengeratkan lagi hubungan guru pemulihan di daerah Kerian. Sebarang cadangan amatlah dialu-alukan.
 6. Karnival / Pertandingan Murid
  • 2 program telah dibincangkan untuk murid pemulihan
    • Pertandingan 3M
    • Kem Serlah Minda
 7. Pemantauan dari Pihak JPN Perak
  • Pemantauan ke sekolah-sekolah terpilih akan dilakukan oleh Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas pada bila-bila masa dari bulan Februari hingga November 2017.
 8. Pemantauan dari Pihak PPD
  • Pemantauan ke semua sekolah-sekolah di dalam daerah Kerian dilakukan oleh Tuan Pen PPD Pendidikan Khas & Swasta / Pemulihan pada bila-bila masa dari bulan Februari hingga November 2017.
 9. Tabung Pemulihan Khas Kerian
  • Seperti yang sedia maklum, Program Pemulihan Khas tidak mempunyai dana sendiri untuk menjalankan sebarang program.
  • Di dalam Mesyuarat Pengurusan Bil 1/2017, telah dipersetujui sebulat suara agar satu tabung diwujudkan untuk mengumpul dana yang akan banyak membantu dalam usaha untuk mengerakkan sebarang program yang telah dibincangkan. Kutipan sebanyak RM20 seorang untuk setahun akan dilakukan.
 10. Surat Lantikan Guru Pemulihan Khas
  • Pada tahun ini, JPN Perak telah memutuskan agar semua guru pemulihan tidak kira opsyen pemulihan atau lantikan sekolah, pihak sekolah perlu menyediakan surat lantikan untuk guru tersebut. Maklumat lanjut dan juga format surat lantikan akan diberikan semasa bengkel pengumpulan data Januari mengikut zon.

Sokongan setiap seorang Guru Pemulihan Khas amat penting dan bermakna dalam usaha untuk mengerak aktifkan semula program ini di daerah Kerian. Semoga segala yang dirancang dapat dijalankan dengan kerjasama semua.

Data Pemulihan Khas Tahun 2017

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perak Aman Jaya.

Untuk makluman rakan guru Pemulihan, pihak JPN Perak telah mengeluarkan makluman berkaitan Data Pemulihan Khas Tahun 2017 seperti di bawah.

________________________________________________________
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan,

DATA PEMULIHAN KHAS TAHUN 2017

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, Data Pemulihan Khas akan dikutip berdasarkan kepada bilangan murid pada 31 Januari, 30 Jun dan 31 Oktober tahun semasa. Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk menghantar maklumat berkenaan secara ‘soft copy’ kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  (Pendidikan Khas/Pemulihan Khas ) di daerah masing-masing sebelum atau pada 3 Februari, 3 Julai dan 3 November tahun semasa.

Untuk makluman pihak tuan, pelaksanaan kutipan Data Pemulihan Khas adalah menggunakan format data yang baharu. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memuat turun format data berkenaan melalui Portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak mulai 25 Januari 2017.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Zuraida Binti Othman di talian 05 - 501 5014
Maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachments
Sekian, terima kasih.

________________________________________________________

Rakan guru juga diingatkan agar mengisi kesemua maklumat yang berkaitan secara lengkap dan tepat. Dan mohon rujuk data APDM untk dapat data enrolmen yang tepat. Rakan guru juga dimohon juga agar dapat mengisi ruangan IKAM.
 
Sehubungan dengan itu, rakan guru boleh mendapatkan salinan softcopy Tapak Data DPEM 2017.

Ada sedikit perubahan format bagi untuk tahun ini seperti:

1.  Perubahan format di Tab Nama Murid

Format Lama


Format Baru


2.  Penambahan Tab Guru Opsyen PmKhas x Mengajar
Terima kasih.





Popular Posts

Recent Posts

Categories

Powered by Blogger.

Copyright © Pemulihan Khas Daerah Kerian, Perak | Powered by Blogger
Design by AnarielDesign | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com